Kelantan Janji Benam Terengganu

MESKIPUN faktor keletihan ketika beraksi di final Piala FA, Sabtu lalu masih menyelubunginya, kejayaan menjulang trofi itu menyuntik semangat buat The Red Warriors untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala AFC berdepan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, esok.

Penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat berkata, rakan sepasukan kini memberi fokus utama kepada saingan Piala AFC.

“Kita sudah mencapai sasaran mendapatkan Piala FA dan kini tidak sabar turun berdepan Terengganu pada pusingan kedua saingan Asia ini.

“Saya percaya, jurulatih mempunyai strategi tersendiri dan apa yang diharapkan kemenangan ini dapat diteruskan dalam perlawanan selepas ini,” katanya. Sementara itu, ketua jurulatih, Bojan Hodak (gambar) berkata, pemain sudah memberi aksi terbaik ketika menundukkan Sime Darby untuk memenangi Piala FA dan kini perlu fokus kepada sasaran seterusnya.

Jurulatih dari Croatia itu berkata, kecergasan pemain perlu dibentuk semula dalam tempoh yang singkat.

“Minda pemain kini masih dalam pesta meraikan kemenangan dan saya perlu membentuk mereka berdepan Terengganu.

“Sekalipun menentang pasukan tempatan, saya tetap mahu pemain memberikan yang terbaik di atas padang,” katanya. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: