Ahmad yang kelihatan tenang berkata, walaupun Terengganu mengawal perlawanan sewaktu di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin, tetapi ketiadaan penyudah menyebabkan pasukan itu terpaksa menggigit jari.
“Apa yang boleh saya katakan, nasib kita tak baik lah. Lagipun, padang basah dan (Forkey) Doe mana pernah main padang basah.
“Kita juga mempunyai pemain yang terhad kerana kecederaan. (Abdul) Manaf Mamat tidak boleh main, Marzuki (Yusof) pula perlukan masa enam bulan lagi untuk sembuh. Walaupun kita mempunyai ramai pemain Malaysia, tetapi ramai yang tercedera,” katanya selepas mesyuarat Exco semalam.
Ahmad yang juga peminat nombor satu pasukan Terengganu berkata, walaupun Terengganu menaruh harapan tinggi pada Abdul Hadi Yahya, tetapi pemain itu masih belum cergas sepenuhnya.
Jadi katanya, pemain tidak harus dipersalahkan kerana rata-ratanya masih lagi cedera dan belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Mereka juga banyak bermain dalam liga, Malaysia dan AFC. Ini menyebabkan permainan mereka agak terbantut kerana terlalu banyak perlawanan yang diharungi dalam masa singkat,” katanya.
Hajat tidak kesampaian
Misi Terengganu untuk melangkah ke pentas final tidak kesampaian biarpun terikat 0-0 ketika turun menentang KL Sime Darby pada aksi kedua perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam kelmarin.
Lebih memeritkan skuad kendalian, Mat Zan Mat Aris itu terpaksa akur terhadap keputusan yang memihak kepada pasukan tuan rumah dengan kemenangan melalui agreget 1-2.Tanpa mahu memberi alasan,
Mat Zan secara terbuka mengakui kecewa dengan kekalahan itu dan menyifatkan kegagalan menjaringkan gol serta faktor keletihan pemain beraksi di padang basah punca utama mereka gagal mempertahankan juara musim lalu.
Menurutnya, pada separuh masa pertama pasukan Terengganu banyak mencipta peluang menjaringkan gol namun gerakan lemah di bahagian penyudah membuatkan penjaga gawang pasu-kan tuan rumah dengan mudah mendakap cubaan dilakukan.
“Kalau kita tengok pun kesemua pemain yang diturunkan malam tadi (kelmarin) adalah pemain yang sama ketika kita menentang Song Lam Nghe An kecuali Sarbinee, namun mungkin tuah tidak memihak kepada kita.
Saya tabik pemain:
Mat Zan
“Mula babak kedua perlawanan, usaha kita mencari gol menjadi bertambah sukar, semua pergerakan kita dikawal rapi benteng pertahanan mereka sehingga sukar untuk pemain kita membuat gera-kan,” katanya ketika ditemui di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas perlawanan berakhir malam kelmarin.
Sementara itu, Mat Zan berkata, sepanjang perlawa-nan, pemain di bahagian tengah dilihat seolah-olah kurang idea dan tidak kreatif sehingga menyebabkan mereka tidak dapat mencipta hantaran seterusnya membuat percubaan ke arah gol.
“Saya tidak salahkan pemain kerana saya tahu mereka sudah berjuang berhabis-habisan, malah saya tabik kepada semangat pemain kerana tetap berusaha untuk memberi tentangan sepanjang 90 minit perlawanan.
“Sebagai jurulatih, sudah pastinya saya kecewa dengan kekalahan ini, apapun kami perlu menerima apa jua situasi yang berlaku selepas ini terutamanya reaksi daripada penyokong,” katanya.
Pada pertembungan malam kelmarin, pasukan Terengganu menampilkan rentak bertali arus dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Sime Darby dan peluang memulakan jaringan awal pada minit ke-4 gagal dimanfaatkan Francis Forkey Doe melalui hantaran yang dilakukan Joseph Kalang Tie di dalam kotak penalti.
Gerakan solo Ashaari tersasarTerengganu yang menguasai permainan nyaris dihukum menerusi percubaan bahaya pemain tuan rumah, Faiz Isa di luar kotak penalti pada minit ke-10 namun berjaya ditampan kemas penjaga gawang skuad Penyu, Mohd Sarbinee Alawee.
Skuad Penyu yang terdesak memburu jaringan pembukaan terus mengasak benteng pertahanan lawan, namun Sime Darby yang tampil dengan aksi lebih yakin hampir menggandakan jaringan agregat menerusi Shahzlan Alias pada minit ke-18 namun rembatan kencangnya mudah dihidu Mohd Sarbinee.
Seminit selepas itu, keghairahan pasukan Terengganu dalam memburu gol awal sekali lagi dikecewakan apabila gerakan solo penyerang berbisa, Ashaari Shamsudin hanya sekadar tersasar di tepi gol gawang tuan rumah.Masuk babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan memperkemaskan jentera serangan namun tiada jaringan berjaya dihasilkan.
Ketiadaan penyerang import sensasi Terengganu, Forkey Doe yang terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan dan diganti dengan Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin pada minit ke-50 sedikit sebanyak merencatkan jentera serangan skuad Penyu.
Namun, benteng pertahanan Sime Darby yang begitu berdisiplin akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengikat pemain Terengganu yang berkesudahan tanpa jaringan sehingga wisel penamat ditiup pengadil, Mohd Nafeez Abdul Wahab. - Sumber