Mat Zan Mat Aris Direhatkan, Fronkey Doe Mungkin Kecederaan Yang Panjang

Jurulatih pasukan Terengganu, Mat Zan Mat Aris telah direhatkan oleh Terengganu FA sehingga 15 Mei 2012.
Selepas tewas di pusingan separuh akhir Piala FA musim ini, Terengganu FA telah membuat keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris sehingga 15 Mei 2012.

Terengganu yang gagal mempertahankan kejuaraan Piala FA sebelum ini mengalami kemerosotan dalam prestasi sejak tewas 6-1 dengan Selangor dalam perlawanan Liga Super dan Mat Zan Mat Aris telah dikritik hebat oleh ramai pihak temasuk penyokong skuad Penyu.

Walaubagaimanapun, Terengganu bangkit semula apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan mara ke pusingan kedua Piala AFC selepas menewaskan Song Lam Nghe An dari Vietnam.
Selepas mesyuarat pihak pengurusan Terengganu semalam, mereka telah membuat keputusan untuk merehatkan Mat Zan Mat Aris sehingga 15 Mei 2012.

Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu ESPNSTAR.my: "Kami telah mengadakan mesyuarat semalam dan membincangkan tentang pemain, prestasi pasukan dan tahap fizikal semua anggota. Kami juga mengambil kira penyertaan dalam Piala AFC."
Walaubagaimanapun, Datuk Che Mat Jusoh menegaskan bahawa keputusan dibuat atas persetujuan semua pihak termasuk Mat Zan Mat Aris sendiri.

"Tujuan kami bukan untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi kami mahukan yang terbaik untuk pasukan.

"Secara rasminya Mat Zan Mat Aris akan direhatkan sehingga 15 Mei dan beliau telah menerima keputusan ini dengan baik. Penolong jurulatih pasukan, Khalid Mohd Dahan akan mengambil alih tugas jurulatih buat sementara waktu." katanya lagi. - Sumber


Terengganu yang baru sahaja tersingkir dari saingan Piala FA berdepan dengan masalah kerana mereka mungkin kehilangan Francis Doe yang cedera panjang.
Pemain dari Liberia itu mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dari padang semasa perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby di Stadium Selayang, Selasa lepas.

Terengganu tersingkir selepas tewas 2-1 agregat dengan Sime Darby dan perlawanan kedua hanya mampu seri 0-0. Francis telah menjadi pemain kunci mereka yang telah menjaringkan 14 gol dalam 20 perlawanan.
Pembantu pengurus pasukan, Sheikh Ahmad Tajudin Sheikh Ahmad Yusof berkata mereka semakin tidak bernasib baik kerana masalah kecederaan pemain telah bertambah.

"Kami mempunyai perlawanan Liga Super akan datang Jumaat ini dan kemudian kami harus berangkat untuk perlawanan Piala AFC dengan Kitchee FC di Hong Kong pada 9 Mei," katanya kepada The Star.
"Sesuatu yang merugikan kami tidak mampu menurunkan kesebelasan yang terbaik kami. Kami telah menghantar Francis ke hospital untuk pemeriksaan lututnya.

"Keadaannya tidak begitu memberangsangkan dan penyerang kami Abdul Manaf Mamat juga dalam senarai kecederaan." - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: