Mat Zan Tagih Khidmat Empat Kepakaran Pemain Terengganu Menentang Sime Darby

KUALA TERENGGANU, 30 April - Khidmat dua penyerang skuad Terengganu Abdul Hadi Yahaya dan Francais Forkey Doe serta dua pemain tengah Joseph Kalang Tie dan Ashaari Samsuddin ditagih bagi meraih kemenangan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby malam Selasa.

Pengendali pasukan, Mat Zan Mat Aris berkata khidmat pemain itu amat diperlukan bagi membolehkan Sang Penyu menjaringkan gol awal di tempat lawan serta mengekalkan corak permainan pada perlawanan penting itu nanti bagi meraih kemenangan secara agregat.

Katanya sumbangan setiap pemain amat penting namun sentuhan empat pemain ini diharap mampu menghasilkan gol awal seterusnya membawa Terengganu berada dalam keadaan yang lebih selesa bagi menyamakan agregat awal.

"Bagi saya pemain perlu tahu tugas masing-masing dan memikul tanggungjawab sebagai sebuah pasukan sebagaimana apa yang telah kita buktikan pada perlawanan Piala AFC menentang pasukan kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe Ann minggu lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: