Terengganu FA ke Kuala Lumpur esok di bawah tekanan para penyokong selepas kalah perlawanan pertama manakala Kedah FA akan mengharapkan prestasi cemerlang pemain import Vedran Gerc dapat membantu mereka layak ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia.
Setelah dikejutkan 2-1 oleh Sime Darby FC di padang sendiri dalam perlawanan pertama pusingan separuh akhir melalui gol kemenangan Syukor Saidan pada minit ke-92 sembilan hari yang lalu, jurulatih Mat Zan Mat Aris sedar pasukannya harus menang untuk menaruh apa-apa harapan untuk mempertahankan kejuaraan mereka.
Penolong pengurus Terengganu Haji Sheikh Ahmad Tajuddin amat yakin dengan ramalan esok dan telah berkata: "Kami mesti yakin dengan kemampuan kami walaupun ketinggalan sambil menghormati pihak lawan. Ini bukan kali pertama kami menghadapi situasi ini dan kami percaya dengan kemampuan para pemain kami dapat menjinakkan pasukan lawan."
Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria yakin sokongan peminat di Stadium Selayang dapat membakar semangat pasukannya yang terpaksa bermain tanpa khidmat penyerang bintang dari Liberia, Patrick Ronaldinho Wleh yang menjaringkan gol pertama pasukannya dalam perlawanan di Terengganu. Sime Darby merupakan pasukan pertama dari Liga Premier yang berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sejak Selangor FA dan Kuala Lumpur FA di tahun 2005 sementara pasukan undangan Young Lions maju ke peringkat separuh akhir pada tahun 2006.
Ismail Zakaria berpendapat bahawa kehilangan Ronaldinho tidak akan menjejas peluang pasukannya: "Kami masih mempunyai penyerang tempatan yang mampu mengambil alih beliau. Para penyokong Terengganu dan Sime Darby dijangka akan membanjiri Stadium Selayang yang mempunyai kapasity 10,000 itu."
Walaubagaimanapun, para penyokong Terengganu tidak akan dapat terima jika pasukan mereka disingkirkan oleh pasukan dari Liga Premier dan dengan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia, Francis Forkey Doe terus memberikan persembahan cemerlang, tidak akan menjadi kejutan jika pasukan Mat Zan, yang bersama dengan pengurus pasukan Dato' Che Mat Jusoh yang berada di bawah tekanan oleh peminat untuk meletak jawatan, dapat bangkit semula dan layak ke perlawnan akhir kedua mereka berturut-turut.
Jika mereka berjaya layak ke perlawan akhir, para penyokong mungkin akan menyaksikan ulangan perlawanan tahun lepas jika juara bertahan Liga Super Malaysia, Kelantan FA dapat menewaskan Kedah FA di Stadium Darul Aman esok. - Sumber