Red Warriors berjaya mendahului 2-1 dalam separuh masa pertama melalui jaringan Norfarhan Mohamad pada minit keenam, diikuti oleh jaringan ketua pasukan, Piya pada minit ke-21 melalui sepakan percuma.
Terengganu bertindak balas dengan menjaringkan dua gol melalui Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-40 dan Mohamad Muslim Ahmad minit ke-50.
Dalam pada itu, pasukan di tangga ketiga liga, Perak meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan T-Team 3-2 di Stadium Perak, Ipoh.
Tiga gol skuad Seladang dijaringkan Mohd Nazri Kamal pada minit ke-33, Mohd Failee Ghazali (minit ke-63) dan Albert Bodjongo (minit ke-66) manakala dua gol pasukan pelawat dijaringkan Mohd Faiz Subri pada minit ke-19 dan 69, lapor Bernama.
Selangor pula mengekori rapat skuad Perak selepas menumpaskan 'adik' mereka, PKNS Selangor 1-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Mohd Amri Yahyah pada minit-minit akhir separuh masa pertama di Stadium Shah Alam.
Sabah pula menamatkan rentetan kekalahan mereka dalam saingan liga selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah di Stadium Likas menerusi jaringan Jufrey Omopor pada minit ke-52.
Dua lagi pasukan, Sarawak dan Johor FC turut mencatatkan kemenangan tipis ke atas lawan masing-masing.
Sarawak mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United menerusi jaringan pemain import dari Cameroon, Joel Epalle pada minit ke-38 di Stadium Hang Jebat, Melaka manakala Johor FC pula mengalahkan Kuala Lumpur dengan keputusan sama menerusi jaringan ketua pasukan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-57 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. - Sumber