Peter Butler Kecewa Terengganu Gagal Menang Di Halaman Sendiri

KUALA TERENGGANU : Terengganu sepatutnya menang ketika menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Selasa malam sekiranya dapat memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka.

Jurulatihnya Peter Butler berkata Terengganu sungguh tidak bernasib baik kerana cuma mampu memperoleh satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 itu.

"Bagi saya keputusan itu tidak begitu menggembirakan kerana sepatutnya Terengganu menang dalam perlawanan itu," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Menurut Butler Terengganu menguasai hampir keseluruhan perlawanan terutamanya dalam separuh masa kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Terengganu ketinggalan 2-0 pada minit ke-5 dan ke-20 sebelum pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-40. Gol kedua Terengganu diperoleh minit ke-57. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: