Manaf Kembali Beraksi

Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat kembali cergas setelah direhatkan sementara selepas menjalani pembedahan di bahagian buku lali awal bulan lalu.

Pemain yang berusia 25 tahun itu bertekad akan memberikan aksi terbaik jika ketua jurulatih pasukan itu Peter Butler memberi peluang beraksi menentang pasukan T-Team, Jumaat ini.

Katanya beliau yakin mampu mempamerkan aksi kosisten berdasarkan kecederaan yang dialaminya semakin pulih dan kini kembali menjalani sesi latihan seperti biasa.

"Sebelum ini doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

"Bagaimanapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina, selain turut diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Pro Duta FC, Sabtu lalu bagi menguji tahap kecergasan," katanya ketika dihubungi.

Selain Abdul Manaf, dua lagi pemain tengah pasukan itu Ahmad Nordin Alias dan Reeshafiq Alwi yang sudah menunjukkan tanda positif kembali cergas.

Sementara itu ketua pasukan Marzuki Yusof masih lagi direhatkan kerana masih belum sembuh selepas menjalani pembedahan.

Abdul Manaf berkata walaupun kesan pembedahan itu mungkin memakan masa selama dua bulan sebelum dia dapat kembali beraksi seperti biasa namun dia yakin
kembali cergas apabila beraksi nanti.

Terengganu kini menghuni tangga keenam dengan mengumpul 27 mata dalam saingan Liga Super manakala pasukannya kelab dari Terengganu, T-Team ditangga keempat dengan kutipan mata yang sama namun berbeza dari sudut jaringan. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: