Terdahulu, bekas jurulatih Pos Malaysia itu menegaskan bahawa beliau masih lagi jurulatih pasukan Terengganu kerana memiliki baki kontrak sehingga November tahun depan.
Mat Zan mendedahkan mengenai perkara tersebut selepas Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh memberitahu Kosmo! pada 8 Mei lalu bahawa ketua jurulatih skuad Penyu itu mengambil keputusan untuk meletak jawatan.
Begitupun, Mat Zan mengesahkan mengenai perbincangan tersebut tetapi pada masa yang sama menegaskan, beliau masih lagi jurulatih Terengganu berdasarkan kontraknya dengan juara Piala FA musim lalu itu.
Mat Zan yang pernah membantu Terengganu menjulang Piala Malaysia pada tahun 2001 terpaksa direhatkan selama dua minggu oleh PBSNT bermula 1 Mei lalu.
PBSNT bertindak demikian selepas menyaksikan skuad Penyu gagal untuk memperta- hankan Piala FA musim ini setelah tewas kepada Sime Darby dengan agregat 1-2 pada aksi separuh akhir.
Sejurus kekalahan tersebut, Mat Zan digantikan oleh penolongnya, Mohd. Khalid Dahan yang dilantik sebagai pengendali sementara dan dibantu oleh bekas penjaga gol Terengganu, Zuber Ibrahim.
Namun, lebih menimbulkan kontroversi, PBSNT melantik Peter Butler yang menamatkan kontraknya dengan kelab Indonesia, Persiba Balikpapan sebagai pengganti Mat Zan dalam tempoh beliau direhatkan.
Tindakan PBSNT dilihat seperti tidak menghormati kontrak asal Mat Zan apabila bertindak melantik pengendali baharu, Butler sebagai pengganti.
Situasi yang menimpa Mat Zan dan PBSNT ini dilihat cukup kompleks, namun PB- SNT harus bertindak profesional dengan mematuhi kontrak yang ditawarkan kepada Mat Zan pada awal Januari lalu.
Justeru, setiap persatuan negeri dan kelab harus bertindak dengan lebih profesio- nal yang mana mereka berhak untuk menentukan khidmat jurulatih tersebut sama ada kekal atau sebaliknya.
Berdasarkan rekod Mat Zan sepanjang empat bulan mengemudi Terengganu, beliau berjaya membawa pasukan gergasi Pantai Timur itu mara ke separuh akhir Piala FA dan pusingan kedua Piala AFC. - Sumber