Terengganu Mahu Pulih Prestasi Abdul Hadi Yahya

Fitri Omar (kiri) dan Abdul Hadi Yahya (kanan) pemenang kasut emas 2011
KUALA TERENGGANU - Terengganu mahu mengembalikan semula prestasi pemenang Kasut Emas 2011, Abdul Hadi Yahya yang kebelakangan ini sentiasa berada di bangku simpanan, kata pengurus pasukan bola sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.

Beliau berkata penurunan prestasi Abdul Hadi mungkin disebabkan pemain itu telah hilang keyakinan diri berikutan kehadiran pemain import dalam skuad Terengganu.

"Dia seorang pemain berkebolehan dan rajin serta tidak mempunyai sebarang masalah. Namun masalah dia dalam permainan ialah setiap pergerakannya tidak begitu menjadi akhir-akhir ini," katanya mengulas mengenai prestasi pemain berkenaan.

Namun Che Mat yang juga Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, yakin Abdul Hadi akan berubah sekaligus sentuhan berbisanya akan muncul kembali.

Kemerosotan prestasi pemain ini dikesan sejak Piala Malaysia tahun lepas dan tahun ini beliau hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam pertandingan Piala FA.

Che Mat berkata beliau akan memberi ruang dan peluang kepada Abdul Hadi untuk meningkatkan prestasinya yang sangat-sangat diperlukan ketika Terengganu bakal menghadapi saingan separuh akhir kedua Piala FA menentang Sime Darby nanti.

Katanya Abdul Hadi mungkin akan diturunkan untuk mengambil tempat penyerang Abdul Manaf Mamat yang cedera untuk bergandingan dengan penyerang import Francis Forkey Doe. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: