Juara Vietnam itu telah tewas kepada Terengganu pada perlawanan pertama di Hanoi tetapi Mat Zan Mat Aris telah memberi amaran untuk tidak mengambil mudah pasukan itu.
"Kami akan menurunkan kesebelasan utama terbaik kami walaupun akan terdapat beberapa perubahan dalam formasi untuk membenarkan lebih banyak kebebasan untuk menyerang," katanya semalam kepada The Star.
Penyerang Abdul Manaf Mamat, Abdul Shukor Jusoh dan Shamsul Kamal terpaksa dikecualikan kerana kecederaan.
"Penjaga gol kami Mohd Sharbinee Allawee masih belum pasti akan beraksi kerana dia mengalami sedikit kecederaan semasa perlawanan dengan Sime Darby. Yang lain cergas untuk beraksi," katanya lagi.
Mat Zan memberitahu bahawa Song Lam merupakan antara pasukan yang sukar ditandingi dalam Kumpulan F dan mereka patut dihormati.
"Saya harap serangan kami yang dibaris Francis Doe dan Abdul hadi Yahya mampu menyumbangkan gol. Kami mahu layak ke pusingan kedua untuk tutup mulut pengkritik," kata Mat Zan yang tertekan selepas tewas 2-1 dengan Sime Darby dalam Piala FA.
Jurulatih Song Lam Le Ky Phuong pula menjangkakan perlawanan sengit.
"Terengganu telah menewaskan kami sebelum ini. Mereka pasukan yang kuat. Namun, pasukan kami mempunyai semangat yang tinggi dan kami yakin kami mampu menewaskan siapa sahaja kerana kami juga mahu layak ke pusingan kedua," katanya kepada The Star. - Sumber