Piala AFC: Terengganu Dibarisi Skuad Terbaik

KUALA TERENGGANU - Biarpun dihambat kontroversi, pengendali pasukan Terengganu Mat Zan Mat Aris yakin semangat anak buahnya tidak terjejas dalam memburu kemenangan menentang pasukan Song Lam Nghe An pada aksi peringkat kumpulan Piala Konfederasi Asia (AFC) malam ini.

Malah, beliau menjadikan peristiwa itu sebagai batu loncatan buat pasukannya mempamerkan persembahan bertenaga bertemu kelab dari Vietnam itu dengan menurunkan kesebelasan utama.

Walaupun bakal berdepan sedikit kesukaran kemungkinan tiga tonggak utama Abd. Manaf Mamat, Abd. Syukor Jusoh, Sharbini Alawee malah Syamsul Kamal cedera, jurulatih berusia 54 tahun itu yakin pasukannya mampu berdepan dengan anak didik Nguyen Huu Thang walaupun mereka menang 1-0 pada pertemuan sebelum ini.

Namun, beliau tidak mahu bersorak gembira terlalu awal memandangkan Song Lam masih dianggap antara pasukan yang terkuat dalam saingan kumpulan itu.

Sebagai percaturan, khidmat Abdul Hadi Yahya dan Forkey Doe mungkin mengisi bahagian penyerang atau tengah.

"Kita akan cuba untuk menang dalam pertemuan ini dan untuk itu ada beberapa perubahan formasi dan pemain yang kita akan buat bagi menyesuaikan keadaan memandangkan ada beberapa pemain yang mungkin tidak diturunkan akibat kecederaan," katanya ketika sidang akhbar Piala AFC di sini, semalam. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: