Datuk Seri Ahmad Said: PBNST Bakal Berhadapan Sekatan Peruntukan Dana Bola Sepak

KUALA TERENGGANU : Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said memberi amaran tidak akan menambah dana peruntukan pasukan bola sepak Terengganu sekiranya skuad kendalian Peter James Butler masih tidak menunjukkan prestasi yang konsisten.

Beliau yang hadir melihat perlawanan malam tadi berang dengan aksi longlai dipamerkan skuad Penyu ketika menentang Kuala Lumpur sebelum berjaya mengutip tiga mata berharga pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

"Pasukan Terengganu saya sudah beri kata dua semalam. Saya amat kecewa dengan corak permainan mereka dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) perlu buat sesuatu.

"Saya tidak akan tambah peruntukan pasukan bola sepak ini kerana mereka masih tidak tunjuk prestasi terbaik," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Terengganu terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk gol kemenangan 2-1 setelah terikat 1-1 dengan jaguh ibu kota menerusi jaringan penyerang import Liberia, Francis Forkey Doe yang juga menjaringkan gol awal pada minit ke-13. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: