Terengganu Kental Hadapi Cabaran

Haji Sheikh Ahmad Tajuddin Bin Sheikh Ahmad Yusof adalah penolong pengurus dan anak jati Terengganu yang boleh dianggap sebagai orang kanan pengurus pasukan Dato Haji Che Mat Jusoh.

Sebagai pengurus pasukan, tanggungjawab utama beliau adalah untuk menjaga keadaan pasukan dan memastikan yang semua anggota, dari pegawai keselamatan hingga ke kitman bersedia untuk menghadapi cabaran musim bolasepak yang padat.

Pasukan Penyu pula sedang melalui detik yang sukar dibawah tekanan para penyokong dan juga dengan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris yang telah diarahkan berehat. Walaubagaimanapun, mereka masih kekal di tempat ke tiga dalam Liga Super dan akan ke pusingan seterusnya dalam Piala AFC.
Sheikh Ahmad amat teruja dengan perlawanan esok, yang akan menentukan jikalau Terengganu dapat bermain di padang sendiri dengan mengetuai kumpulan AFC mereka - ia amat penting memandangkan yang pusingan seterusnya hanya mempunyai satu perlawanan.

"Antara pemain Terengganu, memang ramai yang tidak boleh ikut sekali termasuk pemain import dan Abdul Manaf, Marzuki Yusof dan Nordin Alias yang masih cedera." katanya tentang keadaan pasukan yang dilanda krisis kecederaan, "Walaubagaimanapun, kami gembira dapat menyaksikan Reeshafiq kembali berlatih."

Pasukan Penyu ini juga telah diuji dari segi mental dengan tekanan yang dihadapi tetapi Sheikh Ahmad menjelaskan: "Malangnya, jurulatih tidak bersama kami dalam perlawanan dengan Perak akibat cutinya tetapi walaupun kami tidak bernasib baik, para pemain kelihatan tidak tertekan dan kini amat yakin walaupun jadual kami amat padat."

"Penyerang utama kami Forkey Doe pula telah dinasihatkan Doktor untuk berehat selama dua minggu dan akan kembali beraksi pada 15 Mei."

"Tetapi inilah Terengganu. Cabaran ini semua sudah menjadi satu kebiasaan untuk kami. Kami akan bangkit kembali."

"Sebelum ini, kami perlu menukar kapal terbang dari Terengganu ke Kuala Lumpur terus ke Ho Chin Minh untuk perlawanan di Vietnam. Perjalanan kami untuk meraih kemenangan memang sukar tetapi kami akan terus berjuang."

Ia jelas yang para pemain kini lebih bersatu hati setelah melalui masa yang sukar bersama dan Sheikh Ahmad telah menambah: "Kami juga tidak mempunyai tekanan dalam perlawanan esok kerana sudah layak ke pusingan seterusnya, kami hanya ingin mendapat kelebihan bermain di padang sendiri.

"Kami memang sasar kemenangan esok. Pemain yang sebelum ini tidak dapat serta pula akan mendapat peluang mereka. Yang penting, kami akan memberi yang terbaik." kata Shiekh Ahmad dengan yakin sebelum meneruskan perjalanannya ke Hong Kong.

Pada hari sebelumnya pula, pengurus pasukan Dato' Che Mat Jusoh telah berkata: "Para penyokong memainkan peranan penting dalam pasukan kami. Dalam kekalahan terakhir kami, ia jelas yang para pemain amat tertekan."

"Peminat sejati Terengganu akan memberi sokongan positif yang dapat memberangsangkan kelab ini. Pihak pengurusan pula akan mengambil tindakan yang sebaik mungkin."

Ia tidak boleh dinafikan yang perbezaan antara pasukan yang hebat dan yang lain-lain adalah sumbangan para peminat. Juara Hong Kong Kitchee telah menang 2-0 dalam perlawanan pertama mereka dan pasukan Penyu memerlukan segala sokongan yang mampu diberi demi membangkitkan musim yang amat sukar dan mencabar ini.

Terengganu FA akan beraksi dengan Kitchee esok di Hong Kong Stadium pada pukul 8 malam.- Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: