Terengganu, bekas juara pada 2000 dan 2011, dikejutkan di gelanggang sendiri apabila kalah 1-2 kepada pasukan kelab Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dalam saingan timbal balik pertama separuh akhir Piala FA.
Serentak kekalahan itu, beratus penyokong berhimpun di luar perkarangan stadium selepas perlawanan tamat. Sekumpulan penyokong berkenaan mendesak Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.
Sumber