Penyu Mahu Kekalkan Prestasi

kesebelasan utama terengganu fa 2012
Gambar: GanuSoccer.Net GSN

Terengganu melawati Stadium Tuanku Abdul Rahman esok dengan harapan dapat menewaskan Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh empat hari.Jaringan sendiri S Kunalan pada minit ke-66 Sabtu lalu memberikan pasukan Penyu kemenangan yang berharga dalam pertembungan hangat itu dan sekali gus mengekalkan mereka di tempat ketiga dalam perlumbaan untuk menjuarai Liga Super Malaysia.
Pasukan Mat Zan Mat Aris kini berada sembilan mata di belakang pasukan LIONSXII, yang duduk di tempat pertama, dan masih mempunyai 3 perlawanan dalam tangan. Penyokong pasukan Penyu akan mengharapkan penyerang yang berasal dari Liberia Francis Forkey Doe dapat menambah kepada 9 jaringan beliau setakat ini.

Mat Zan mungkin akan merehatkan beberapa pemain utamanya memandangakan mereka akan menentang Song Lam Nghe An minggu depan dalam Piala AFC.
Beliau akan mengharapkan penyerang bintangnya itu dapat membantu pasukannya menang setelah berada di bawah tekanan akibat kehadiran bekas jurulatih Terengganu Ken Wordern dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Khabar angin mengatakan jurulatih yang membawa Terengganu kepada kemenangan Piala FA musim lalu akan kembali untuk mengganti Mat Zan.
Ketiadaan pemain utama Negeri Sembilan, Marian Farbak akan meningkatkan peluang Terengganu untuk meragut kesemua tiga mata. Farbak dibuang padang selepas dilayang dua kad kuning dan ketiadaan beliau tentu akan menjejas Negeri, yang mempunyai rekod dibolos ketiga terburuk dalam liga dengan 22 gol musim ini.

Walaubagaimanapun, penyerang Ahmad Shakir Mohd Ali dan Jean-Emmanuel Effa Owona telah menjaringkan 12 gol di antara mereka musim ini dan dengan sokongan hebat penyokong mereka, pasukan Hobin Jang Hobin dijangka ramai akan meragut kesemua tiga mata dan melonjak ke tempat keempat di dalam liga.
Dengan Mat Zan di bawah tekanan untuk menang dan pasukan Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mampu untuk kalah di padang sendiri di hadapan penyokong mereka, penulis ini meramalkan perlawanan sengit ini akan berahkir dengan keputusan seri 1-1.-Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: