Brunei Intai Liga Malaysia

brunei fa logo
FAM telah mengesahkan besar kemungkinan Brunei akan kembali ke Liga Malaysia musim hadapan.
"Jika kita mahu maju, kami harus beraksi di salam Liga Malaysia. Kami boleh menjadi lebih baik jika kami bermain di luar negara," kata Presiden Brunei FA Putera Sufri Bolkiah kepada www.aseanfootball.org.
Putera Sufri membuat kenyataan itu selepas skuad Brunei Bawah-21 memenangi Piala Hassanal Bolkiah bulan lepas.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad turut mengesahkan bahawa Brunei FA berminat untuk kembali ke Liga-M.
"Terdapat perbincangan diadakan tetapi semuanya tidak rasmi. Brunei FA masih belum menghantar kepada kami secara rasmi tetapi saya percaya mereka akan melakukan yang sedemikian secepat mungkin," kata Azzuddin.
Brunei sebelum ini telah beraksi dalam Liga-M dimana pencapaian terbaik mereka adalah menjuarai Piala Malaysia 1999. Pasukan profesional mereka, DPMM FC kini beraksi di Liga Singapura. - Sumber

Artikel Berkaitan:-

Comments
0 Comments

0 comments: